PERDANA MENTERI RASMI PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON UTARA

PERDANA MENTERI RASMI PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON UTARA

PULAU PINANG – Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Penutupan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara bermula sejak jumaat di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Perdana Menteri hadir dengan diiringi oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow meluangkan masa dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada program itu.
Turut hadir Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil, Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Johari Abdul.
Program yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu ialah platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan Kerajaan Madani dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Penganjuran siri kedua Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan kerajaan Pulau Pinang itu merangkumi tiga negeri utara Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.