MAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI PEJABAT KEDA ZON 4, SIK

MAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI PEJABAT KEDA ZON 4, SIK

MAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI PEJABAT KEDA ZON 4, SIK
SIK – Majlis Santunan Kasih Aidilfitri peringkat KEDA Zon 4, Sik berlangsung meriah di Perkarangan Surau Al-Hidayah Desa KEDA Sungai Senam baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh lebih dari 400 penduduk kampung serta kepimpinan Jawatankuasa Pasukan Perancang, Pelaksana Program (4P) dari semua Desa KEDA Daerah Sik.
Majlis dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh Pengerusi 4P Desa KEDA Gulau, dan seterusnya diserikan dengan acara penyampaian duit raya kepada kanak-kanak oleh pimpinan komuniti daerah Sik, YBhg. Dato’ Mohd Tajudin bin Abdullah.
Acara ini menjadi kenangan indah dan berharga bagi tetamu yang hadir terutamanya kanak-kanak yang ternanti-nanti sambutan diadakan.
Selain itu, acara ini juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung dengan pemimpin komuniti setempat, serta memupuk nilai-nilai kebersamaan dan gotong-royong.
Sebagai kesimpulan, Majlis Santunan Kasih Aidilfitri ini tidak hanya menjadi program untuk merayakan kegembiraan bersama, tetapi juga sebagai dari semangat kebersamaan yang perlu terus diperkukuhkan dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.