15,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI DI KEDAH

15,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI DI KEDAH

KUBANG PASU – Hampir 15,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Negeri Kedah bersama Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim di Darul Aman Park, Jitra di sini semalam.
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah akan dikelolakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Kedah.
Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Kedah, YAB. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa Menteri Kabinet serta pegawai-pegawai kanan Persekutuan dan negeri.
Hadir mewakili KEDA adalah Pengerusi sendiri, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Ketibaan mereka disambut meriah ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur.
Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu dihadiri oleh ribuan masyarakat berbilang kaum yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra disambing menikmati juadah yang disediakan.
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara pada majlis itu, yang turut diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu Dato’ Hattan, Siti Nordiana, Haziq Rosebi dan Usop Big Stage.
Tujuan utama penganjuran Sambutan Aidilfitri Madani adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di samping membolehkan pemimpin bertemu dan beramah mesra dengan rakyat.
KEDA terlibat dalam penganjuran sebagai salah sebuah agensi dibawah KKDW dengan terlibat dalam mengurus setia persembahan, makanan, pengangkutan dan sambutan.
Terima kasih rakyat Kedah!