GOTONG ROYONG STAF KEDA BERSAMA PELAJAR MASDAR

GOTONG ROYONG STAF KEDA BERSAMA PELAJAR MASDAR

LANGKAWI – Program Khidmat Masyarakat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan kerjasama Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqim (MASDAR) terus diisi dengan pelbagai pengisian aktiviti sekitar Pulau Tuba, di sini.
Pada hari kedua program, aktiviti dimulakan dengan kuliah subuh yang memberi semangat rohani kepada para peserta.
Selain itu, 19 Pegawai lantikan baharu turut mengambil bahagian dalam jelajah ke tiga pantai di Tanjung Peluru, Pulau Tuba, yang membolehkan mereka menikmati keindahan alam.
Aktiviti gotong-royong di Desa KEDA Teluk Berembang menjadi salah satu pengisian penting dalam program ini.
Peserta diberikan taklimat oleh pihak Jawatankuasa Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Teluk Berembang mengenai latar belakang dan keunikan Desa KEDA itu.
Pada sebelah malam, satu kuliah bertajuk “Peranan Pemuda dalam Pembangunan Masyarakat” telah disampaikan oleh Prof. Agi-Js Priyono dari Pesantren Paradaban Tasik Malaya, Indonesia.
Kuliah ini mendapat sambutan yang sangat baik dari para peserta, mereka bukan sahaja tertarik dengan isi ceramah yang disampaikan, tetapi juga aktif dalam sesi soal jawab yang memeriahkan lagi suasana.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab sosial di kalangan pegawai lantikan baharu KEDA, tetapi juga untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan menyumbang kepada komuniti setempat.
Sambutan positif dari peserta menunjukkan keberkesanan program ini dalam mencapai matlamatnya.