PENGURUS BESAR SANTUNI PENDUDUK DESA KEDA BENDANG PERANG
POKOK SENA – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah berkesempatan menyantuni penduduk Desa KEDA Bendang Perang, Jabi di sini, sempena Program Ziarah Kasih Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Berbasikal hari ini.
Pengurus Besar KEDA juga menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk terpilih di desa tersebut.
Ini merupakan salah satu usaha KEDA untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan memberikan bantuan barangan keperluan asas melalui penyerahan bakul makanan.
KEDA berharap melalui program Ziarah Kasih PPRT ini, hubungan antara pihak KEDA dan masyarakat luar bandar dapat diperkukuh.