PENGURUS BESAR KEDA MERIAHKAN KAYUHAN BERBASIKAL PPRT
POKOK SENA – Warga Aktif, KEDA Produktif. Inilah adalah slogan yang diinspirasikan oleh Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff sejak mula memimpin KEDA.
Dengan falsafah ini, bagi program riadah dan sukan kali ini, KEDA menganjurkan Program Ziarah Kasih Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Berbasikal.
Program Kayuhan Basikal yang dianjurkan sempena Hari Sukan KEDA bertujuan untuk menyantuni masyarakat luar bandar, terutama golongan B40, miskin dan asnaf.
Seramai 13 pegawai dan kakitangan KEDA terlibat dalam kayuhan basikal, 6 buah motosikal dan 2 buah kereta dan program ini diketuai sendiri oleh Pengurus Besar KEDA.
Selain aktiviti berbasikal, kakitangam KEDA juga turut menjalankan aktiviti riadah lain seperti Senamrobik, Brisk Walk, Bola Tampar dan juga Ping Pong.
Aktiviti seawal jam 8.30 pagi ini memberi peluang untuk staf beriadah dan bersukan tanpa perlu mengganggu proses operasi pejabat. Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik dalam kalangan staf.