BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN KEDA BERI PENGETAHUAN PESERTA JADI USAHAWAN BERJAYA

BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN KEDA BERI PENGETAHUAN PESERTA JADI USAHAWAN BERJAYA

SUNGAI PETANI – Bengkel Asas Keusahawanan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Siri 1 2024 memberi peluang dan pengetahuan ilmu yang banyak untuk meningkatkan pendapatan dalam perniagaan masing-masing supaya menjadi usahawan berjaya.
Seramai 69 peserta menyertai bengkel itu yang diadakan di Dewan Auditorium KISMEC, Sungai Petani itu dikendalikan oleh CTP Training dan Consultancy yang dipimpin oleh Profesional Terlatih, Puan Nur Syazwani binti Roslan yang merupakan seorang usahawan, influencer, dan Personaliti TV3 yang terkenal.
Perasmian penutupan program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Omar.
Menurut Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), bengkel Asas Keusahawanan ini merupakan satu kursus wajib yang perlu dihadiri oleh semua peserta sebelum menerima bantuan mesin dan peralatan yang telah diluluskan KEDA.
Kursus tersebut tidak hanya memberikan pengetahuan asas dalam bidang keusahawanan, tetapi juga memberi inspirasi kepada peserta melalui pengalaman Puan Nur Syazwani, penglibatan beliau yang aktif dalam industri keusahawanan dan media, peserta mendapat peluang untuk belajar dari pengalaman sebenar.
Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan pendapatan dan memperluas perspektif keusahawanan dan diharapkan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam aktiviti keusahawanan mereka dan memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan akan lahir lebih ramai usahawan berjaya yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) merupakan satu program yang diwujudkan oleh KKDW untuk meningkatkan pendapatan golongan Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah B40 di luar bandar melalui penglibatan mereka di dalam projek- projek ekonomi yang berupaya meningkatkan taraf hidup mereka khususnya dan kualiti hidup mereka umumnya.