RERUAI PAMERAN KEDA DI PROGRAM MEMBINA KESEJAHTERAAN RAKYAT (MEKAR) BERSAMA SERVICE-LEARNING MALAYSIA UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM)
YAN – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Kedah (KEDA) telah menyertai Program Membina Kesejahteraan Rakyat (Mekar) Bersama Service-Learning Malaysia University For Society (SULAM) di Masjid Jame’ Badlishah, Pekan Yan, di sini hari ini.
Reruai Pameran KEDA antara yang mendapat perhatian pengunjung bagi mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan kursus bimbingan dan bantuan-bantuan yang disediakan kepada usahawan-usahawan di Kedah.
Program anjuran Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Universiti Utara Malaysia (UUM) itu bertujuan sebagai pendedahan kepada pelajar semester 4 bagi subjek Asas Pentadbiran Awam berkaitan jalinan kerjasama antara jabatan kerajaan dan masyarakat.
Pengunjung yang hadir ke reruai KEDA terdiri daripada pelajar, penduduk kampung dan usahawan yang turut mengambil peluang bagi melihat pameran produk-produk usahawan bimbingan KEDA dan mendapatkan maklumat berkaitan Kolej KEDA serta bantuan serta kursus yang boleh diberi oleh KEDA kepada usahawan.
Program dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Kerajaan YBrs. Prof. Madya. Sr. Dr Mohamad Sukeri Khalid dan mewakili Pejabat KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan adalah Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi KEDA, Mohamad Yusri bin Abd Muin.
Kerjasama antara KEDA dan UUM dalam program ini diharap dapat memberikan manfaat besar kepada masyarakat setempat.