KEDA DAN CIDB BINCANG JADIKAN KOLEJ KEDA SEBAGAI INSTITUSI HIJAU
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ke arah menjadikan Kolej KEDA di Sik sebagai institusi hijau.
Hasrat ini dibincangkan bersama-sama ketika lawatan kunjung hormat Pengarah CIDB Negeri Kedah, YBhg. Tuan Muhammad Fariq bin Abdul Hamid ke Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini, hari ini.
Ketibaan YBhg. Tuan Pengarah disambut mesra oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, rombongan CIDB turut mendengar taklimat ringkas mengenai operasi KEDA dalam membantu masyarakat luar bandar.
Pelbagai perkara dibincangkan antaranya menjadikan Kolej KEDA di Sik sebagai Institusi Hijau yang menggunakan teknologi hijau bagi menjimatkan penggunaan elektrik dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Menambah baik silibus pembelajaran Kolej KEDA terutamanya sistem teknologi hijau antara perkara yang diberi perhatian dan dibincangkan pada lawatan kunjung hormat itu.
Semoga ikatan yang dijalinkan berkekalan dan memberi manfaat kepada rakyat Negeri Kedah.