KEDA SERTAI TRAINING ON SOCIAL AND BEHAVIOUR CHANGE COMMUNICATION, UNIVERSITI AL-BUKHARI
ALOR SETAR – Seramai 8 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya mengikuti Training On Social And Behaviour Change Communication anjuran Universiti Al-Bukhari (UAB).
Delegasi KEDA telah diketuai oleh Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Penolong Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Puan Nor Idawati binti Abdul Wahab dan Encik Mohamad Amin bin Abdul Rahim.
Turut hadir di bengkel ini adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Ketua Unit Intergriti dan Perundangan, Cik Nurul Aqilah binti Azmi, Encik Muhammad Nasir bin Abdullah dari Unit Komunikasi Korporat dan Encik Muhammad Muaz Mumtaz bin Marzuki dari Bahagian Pembangunan Komuniti.
Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini turut mendapat kerjasama dari Unit Penyelidikan Komunikasi untuk Pembangunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) atau UMS- UNICEF Communication for Development (C4D) Research Unit.
Bengkel ini menerima penyertaan 25 orang yang terdiri daripada pegawai akademik dan pentadbiran serta pelajar tahun akhir tempatan dan antarabangsa UAB.
Dengan pengurusselian bengkel dari 2 orang pensyarah UMS dan seorang pensyarah UAB yang berpengalaman dan diiktiraf UNICEF, bengkel ini memberi pengetahuan dan input berkenaan pengurusan dan pembangunan komunikasi tingkah laku yang penting dalam mencorak perubahan kepada masyarakat.