PEJABAT KEDA ZON 4, SIK SEMARAKKAN HARI BELIA NEGARA 2024 DI DAERAH SIK

SIK – Pejabat KEDA Zon 4, Sik dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik serta Majlis Belia Daerah Sik telah berjaya menganjurkan Program Semarak Hari Belia Negara 2024 Peringkat Daerah Sik baru-baru ini.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kepemimpinan dan memberikan inspirasi kepada golongan belia di daerah tersebut.

Acara ini diadakan di dua lokasi utama, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gulau dan hadapan Dewan Al-Hana Sik dimulakan dengan upacara lafaz ikrar belia yang disertai oleh para peserta.

Setelah itu, para peserta diberikan ceramah kerjaya yang memberikan maklumat mendalam tentang peluang pekerjaan serta panduan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ceramah ini disampaikan oleh beberapa penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, memberikan motivasi dan pengetahuan yang sangat berguna kepada para belia.

Kemeriahan program diteruskan lagi dengan pertandingan e-Sport yang melibatkan pelajar dan belia setempat. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat dan menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan belia terhadap sukan maya.

Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga membantu meningkatkan kemahiran strategik dan kerjasama dalam kalangan peserta.

Program ini merupakan satu inisiatif penting untuk membangunkan potensi belia daerah Sik dan dapat memberikan pendedahan yang berguna kepada belia serta membantu mereka merancang masa depan dengan lebih baik

Dengan adanya program seperti ini, Pejabat KEDA Zon 4, Sik, bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dan Majlis Belia Daerah Sik berharap dapat terus menyemarakkan semangat Hari Belia Negara dan memupuk pembangunan generasi muda yang lebih cemerlang di masa depan.

#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar
#DesaMadani