KEDA ANJUR MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA ULANG TAHUN KE- 43
ALOR SETAR – Majlis Bacaan Yasin serta Doa Selamat sempena Ulang Tahun Penubuhan KEDA yang ke-43 telah berlangsung di surau Tingkat 1, Kompleks Ibu Pejabat KEDA pada pagi hari ini.
Pegawai dan kakitangan KEDA menghadiri majlis itu mendoakan agar KEDA terus maju jaya dan diberi kemudahan serta berkat dalam menggerakkan objektif Mensejahterakan Luar Bandar.
Majlis Bacaan Yasin itu diketuai oleh kakitangan KEDA, Ustaz Abdul Mu’Min bin Mohd Rozi.
Pada tanggal 28 Mei 1981, KEDA telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu) dengan matlamat mengimbangi pembangunan sosial-ekonomi masyarakat luar bandar agar setanding dengan masyarakat bandar di Negeri Kedah yang mana jurangnya amat tinggi pada ketika itu.
Sejak penubuhannya, KEDA telah memainkan peranan besar dalam membantu mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dan infrastruktur di Kedah, terutamanya di luar bandar.
Menerusi pembangunan penempatan untuk rakyat termiskin, bantuan ekonomi untuk aktiviti perniagaan kecil, pertanian dan penternakan, KEDA mewujudkan lebih ramai usahawan serta memberi pendidikan kemahiran kepada penduduk kampung.
Semoga KEDA terus cemerlang dan konsisten dalam mencapai visi dan misinya.