SESI PERKONGSIAN ILMU PENAMBAHBAIKAN PROSPEK SIDAM
PADANG TERAP – Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Encik Mohd Elias bin Hassan telah mengetuai sesi perkongsian ilmu bersama usahawan tani sekitar Padang Terap.
Sesi ini turut disertai Pegawai Pembangunan KEDA Zon 6, Kulim, Encik Muhammad Hakim bin Ahmad Nadzir, staf Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian (BPPP), Puan Siti Balqhis binti Ahmad, staf Pejabat KEDA Zon 6, Kulim, Encik Mohd Zarith Fazwan bin Zakaria dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman.
Antara lokasi lawatan di sini adalah projek ternakan dan pembenihan ikan air tawar, ternakan arnab serta pembuatan makanan ternakan dan ikan.
Kos makanan ternakan adalah merupakan salah satu isu yang semakin meruncing di kalangan penternak terutama dengan kenaikan harga dan stok bahan yang terhad di pasaran.
Sesi perkongsian ini adalah usaha KEDA dalam menambahbaik aktiviti pertanian terutama ternakan di kawasan PROSPEK Sidam agar terus konsisten.
Fokus di masa hadapan adalah untuk membantu peserta membuat makanan ternakan sendiri dengan penjimatan sebanyak 50% daripada harga di pasaran.
Selain itu, ini juga adalah salah satu rutin pemantauan BPPP kepada semua projek KEDA agar ianya dapat terus memberi manfaat kepada golongan sasar.