PROGRAM SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DESA-DESA KEDA ZON 9, BANDAR BAHARU

PROGRAM SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DESA-DESA KEDA ZON 9, BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU – Program Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Desa-desa KEDA Zon 9 telah berjaya diadakan di Dewan Desa KEDA Sungai Tengas, Mukim Selama, di sini baru-baru ini.
Program ini dihadiri oleh penduduk setempat yang turut memeriahkan suasana dan acara program dimulakan dengan acara senamrobik yang melibatkan penyertaan ramai penduduk kampung.
Selepas itu, sembilan acara utama diadakan termasuk Sepakan Penalti Bola Sepak, Lontaran Penalti Bola Jaring, Pertandingan Dam, dan Pertandingan Boling Buah Kelapa. Acara-acara ini menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dan mencetuskan suasana persaingan yang sihat dan meriah.
Selain daripada acara sukan, program ini juga menampilkan aktiviti pameran yang disertai oleh Jabatan Penerangan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu.
Pameran ini bertujuan untuk memberikan maklumat berguna dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penerangan dan bahaya dadah.
Dengan penganjuran program seperti ini, diharapkan semangat kesukanan dan amalan gaya hidup sihat dapat disemarakkan di kalangan masyarakat setempat, seterusnya, para peserta dan pengunjung turut menzahirkan rasa gembira dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memupuk perpaduan dan kesejahteraan dalam komuniti.