PEJABAT KEDA ZON 4, SIK ANJUR KURSUS PENDIGITALAN UNTUK WARGA DESA KEDA DAERAH SIK

PEJABAT KEDA ZON 4, SIK ANJUR KURSUS PENDIGITALAN UNTUK WARGA DESA KEDA DAERAH SIK

SIK – Pejabat KEDA Zon 4, Sik telah berjaya menganjurkan Kursus Pendigitalan untuk warga KEDA di Sik yang diadakan di Dewan Kuliah Nur, Kolej KEDA baru-baru ini.
Kursus ini dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PeDi) Daerah Sik dan melibatkan peserta yang terdiri dari belia-belia, kepimpinan ahli jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P), serta kakitangan Pejabat KEDA Zon 4, Sik.
Fokus utama kursus ini adalah memberikan pendedahan asas mengenai Microsoft Office dan pengendalian media sosial.
Inisiatif ini bertujuan khusus untuk melatih Ahli Jawatankuasa 4P agar lebih berpengetahuan dalam bidang digital, sehingga mampu melahirkan kepimpinan yang lebih cakna digital.
Pegawai Pembangunan Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan, telah hadir dan menyempurnakan kursus tersebut.
Beliau menyatakan bahawa kursus ini adalah langkah penting dalam memastikan generasi muda dan pemimpin tempatan memiliki kemahiran digital yang diperlukan untuk masa depan.
Kursus ini diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada para peserta, sekaligus mendorong mereka untuk memanfaatkan teknologi digital dalam kegiatan harian dan kepimpinan mereka.