JURUTERA AWAM KEDA HADIRI BENGKEL GARIS PANDUAN PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD) DAN PROGRAM AMENITI SOSIAL (PAMS) KKDW
SEPANG – Jurutera Awam Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Encik Muhammad Faiz Helmi bin Shukri telah menjadi wakil KEDA untuk menghadiri Bengkel Garis Panduan Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) & Program Ameniti Sosial (PAMS) Versi 2024.
Bengkel yang diadakan di Holiday Inn Kota Warisan, elama 2 hari ini bermula 26 Jun 2024 dan dianjurkan oleh Bahagian Prasarana Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Seramai 50 orang pegawai terlibat dengan bengkel ini yang terdiri dari seluruh Pejabat KKDW Negeri (PKN), Bahagian-Bahagian dalam KKDW dan Agensi-Agensi di bawah KKDW.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah bagi membincangkan penambahbaikan serta pemurnian garis panduan projek JPD dan PAMS sedia ada. Penambahbaikan dan pemurnian projek ini penting bagi memastikan projek berjalan lancar seiring dengan situasi semasa negara.
Kali terakhir kedua-dua projek ini dibuat semakan adalah pada tahun 2020 yang lalu.
Perasmian penutup bagi bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi.
Turut hadir ke bengkel ini adalah Setiausaha Bahagian Prasarana KKDW, Tuan Ahmad bin Tuan Wil.