PASUKAN BOLA SEPAK KEDA MERIAHKAN MADA DAY 2024

PASUKAN BOLA SEPAK KEDA MERIAHKAN MADA DAY 2024

ALOR SETAR – Bagi memeriahkan program anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Pasukan Bola Sepak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menyertai Kejohanan Bola Sepak 3 Penjuru sempena MADA Day 2024.
Kejohanan ini membabitkan pasukan tuan rumah iaitu MADA, KEDA dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah. Kejohanan yang bermula seawal 4.00 petang ini tamat sekitar jam 7.30 petang dengan pasukan KEDA pulang bersama keputusan 1 menang dan 1 kalah.
Lebih istimewa pada kali ini adalah apabila Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah hadir sejak dari perlawanan pertama bagi memberi sokongan kepada pasukan KEDA. Turur hadir adalah penonton dalam kalangan staf agensi, keluarga dan juga pengunjung yang hadir sempena MADA Day 2024 ini.
Upacara penyampaian pingat telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MADA, Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli dan Pengurus Besar KEDA turut dijemput bersama-sama dalam penyampaian pingat kepada pemain.
Program MADA Day 2024 sempena ulangtahun ke-54 penubuhan MADA menyediakan platform bagi menggalakkan peladang, usahawan serta warga MADA untuk berinteraksi dan bertukar pandangan bagi melestarikan rantaian nilai tanaman padi dan industri makanan.
Pelbagai aktiviti disediakan sempena program ini termasuk sukan rakyat, Jualan Rahmah dan Jualan Agro MADANI, ceramah agama, pameran teknologi pertanian dan makanan, seminar Jom Masuk TVET serta Pameran Road to MAHA 2024.
Daripada kami di KEDA, terima kasih atas jemputan. Semoga program ini berjalan lancar seperti yang dirancang.