MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-30 GABUNGAN KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG KEDA BERHAD

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-30 GABUNGAN KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG KEDA BERHAD

PADANG TERAP – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah dijemput hadir bagi memeriahkan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-30 Gabungan Koperasi Pembangunan Kampung KEDA Berhad pada kali ini.
Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Hajah Afifah binti Haji Omar. Turut hadir adalah Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti, Puan Yusnida binti Yusoff, Penolong Pengurus Niagatani, Puan Juhaini binti Jamaludin dan Penolong Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Khairul Anwar bin Azizan.
Seramai 100 orang hadir ke mesyuarat ini yang terdiri daripada wakil koperasi-koperasi Desa KEDA seluruh negeri Kedah. Turut hadir adalah wakil pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kubang Pasu/Padang Terap, Puan Anisah binti Hashim.
Pada masa yang sama, turut disampaikan Anugerah Koperasi Pembangunan Kampung KEDA Terbaik yang dimenangi oleh Koperasi Desa KEDA Bendang Man, Sik, pada tahun ini.
Semoga koperasi Desa KEDA seluruh Kedah terus berdaya saing dalam menambah baik potensi koperasi masing-masing dan berupaya menjadi model serta contoh terbaik kepada koperasi desa yang lain.