TIMBALAN MENTERI MELAWAT PROGRAM WOMAN BIZ ENTREPRENEURSHIP KEDA
JITRA – Hari kedua lawatan kerja Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dimulai dengan YB Timbalan Menteri KKDW telah menyempurnakan Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 dan Pelancaran Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0.
Dalam majlis ini seramai 242 orang graduan TVET dan 53 orang graduan Tahfiz TVET telah hadir dan diraikan dalam majlis ini bersama keluarga masing-masing.
Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0 pula menerima rekod penyertaan tertinggi iaitu 80 orang dari 10 pusat pengajian dan pondok tahfiz sekitar negeri Kedah.
Seterusnya, YB Timbalan Menteri dibawa melawat dua lokasi bisnes usahawan bimbingan KEDA iaitu Owren Cafe dan Donna Cafe.
Lawatan ini turur dihadiri oleh Timbalan Pengerusi KEDA, YBhg Dato’ Wira Wan Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Hajah Afifah binti Omar serta beberapa orang pengurus bahagian di KEDA.
Kedua-dua bisnes ini terhasil melalui Program Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar (Woman Biz Entrepreneurship).
Program ini memberi peluang kepada wanita dalam kawasan luar bandar yang menunjukkan minat, kelayakan dan kesungguhan untuk menceburi bidang keusahawanan secara berkelompok.
Dengan mengetengahkan konsep cafe yang berbeza dari kebiasaan dan menarik, Timbalan Menteri sangat optimis bahawa kedua-dua cafe boleh menjadi contoh kepada pengusaha di kawasan desa dalam bidang berkenaan.