HARI KETIGA LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KKKDW KE PROJEK KEDA
ALOR SETAR – Lawatan kerja Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang diteruskan lagi untuk hari yang ketiga.
Permulaannya, YB Timbalan Menteri KKDW telah hadir ke Kompleks Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), di sini. Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Pengerusi KEDA, YBhg Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff serta hampir 50 orang warga kerja KEDA yang beratur di sepanjang laluan lobi bangunan.
Seterusnya, YB Timbalan Menteri telah hadir untuk sesi taklimat bersama pihak pengurusan KEDA yang terdiri daripada pengurus-pengurus bahagian, ketua-ketua unit serta pegawai-pegawai pembangunan KEDA Zon.
Pergerakan disambung dengan sesi sidang media dan YB Timbalan Menteri terus ke aktiviti kacau bubur asyura bersama kakitangan KEDA sempena Hari Asyura yang akan berlangsung keesokkannya.
YB Timbalan Menteri KKDW terus hadir ke Perhimpunan Bulanan KEDA yang dihadiri 300 orang staf. Dalam ucapan, beliau berterima kasih kepada warga KEDA yang menunjukkan prestasi yang baik dan sangat berharap agar kerjasama, komunikasi yang baik di antara kakitangan berkekalan.
Seterusnya, YB Timbalan Menteri KKDW telah dibawa meninjau salah satu projek agro pelancongan di daerah Kuala Muda iaitu Nira Napiah.
Lokasi ini merupakan lokasi yang popular di Kedah dengan menyediakan ruang healing sambil melihat keindahan sawah padi sekitar dan menu-menu masakan yang sedap dan menyelerakan.
Nira Napiah ini adalah usahawan bimbingan KEDA yang menerima bantuan dari Bahagian Niagatani dalam proses menjadikannya sebagai salah satu destinasi perlu dilawati ketika berada di negeri ini.
Buat YB Timbalan Menteri KKDW, terima kasih atas kesudian untuk berkunjung, meninjau dan memantau projek-projek kami di KEDA.
Segala pandangan dan komentar YB Timbalan Menteri akan kami selaraskan kembali agara sentiasa selari dengan halatuju KKDW itu sendiri.
Terima kasih Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang.