TIMBALAN MENTERI KKDW SANTUNI WARGA KERJA KEDA

TIMBALAN MENTERI KKDW SANTUNI WARGA KERJA KEDA

ALOR SETAR – Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang meluangkan masa menyantuni warga kerja Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sempena Lawatan Kerja ke KEDA.
Kehadiran YB Timbalan Menteri disambut meriah oleh warga kerja KEDA dan dibawa terus ke sesi taklimat bagi mendapat berkenaan input pembangunan KEDA dari penubuhan agensi sehingga ini, meliputi pembangunan sosial ekonomi, infrastruktur dan keterjaminan makanan.
Selesai sesi taklimat, YB Timbalan Menteri meluangkan masa meramah mesra dengan kakitangan KEDA bagi menyediakan bubur asyura.
Seterusnya, YB Menteri menyampaikan amanat kepada 300 warga kerja KEDA dalam Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan di Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini.
Beliau berkata, setiap warga kerja juga perlu meningkatkan mutu dan kualiti dari masa ke semasa di samping menekankan integriti di dalam tanggungjawab dan amanah yang dipikul.
“Sebagai sebuah agensi menyantuni rakyat desa, KEDA perlu lebih berani untuk mengorak langkah baharu dan membuat perubahan gerak kerja bagi mensejahterakan luar bandar.
“Setiap agensi perlu lebih kreatif dan kritis dalam mencari peluang bagi mengembangkan potensi masing-masing agar dapat memberi lebih banyak manfaat kepada golongan sasaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan,” katanya.