DESA KEDA NAGALILIT JOHAN ADKM 2024
ALOR SETAR – Desa Lembaga Kemajuan Wilayah (KEDA) Nagalilit mewakili Zon 6, Kulim dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Anugerah Desa KEDA Madani (ADKM) 2024.
Tepukan gemuruh diberikan kepada Desa KEDA Nagalilit apabila pasukan itu diumumkan sebagai Johan dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 4,000 dan RM 80,000 bagi pembangunan projek ekonomi, infrastruktur, pertanian dan keusahawanan.
Tempat kedua pula disandang oleh Desa KEDA Tanjung Setol dari Zon 3, Pendang/Pokok Sena dengan hadiah sebanyak RM 3,000 dan projek RM 60,000. Desa KEDA Ulu Bakai yang mewakili Zon 5, Baling pula mendapat tempat ketiga dengan jumlah RM 2,000 dan projek RM 40,000. Hadiah saguhati pula adalah nerupa wang tunai berjumlah RM1,000
Pertandingan ADKM disertai oleh 9 Desa KEDA, antara lain adalah Desa KEDA Teluk Berembang, Desa KEDA Semeliang , Desa KEDA Sungai Semiar , Desa KEDA Wang dan Taman Sejahtera Rakyat Sungai Tok Pawang.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian selebriti Tiktok, Cikgu Mira dan tarian dari Kumpulan Lantera Seni Tari, Unit Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Selain itu, Desa KEDA Teluk Berembang dari Zon 1, Langkawi telah berjaya memenangi Anugerah Busana Kumpulan Desa Terbaik.
Matlamat penganugerahan ini adalah adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dan amalan kepimpinan yang unggul dan permuafakat peserta Desa KEDA disamping menjaga kesihatan serta kebersihan persekitaran serta membentuk Desa KEDA yang bersatu padu, indah dan tersusun.
Terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia dan Jawatankuasa 4P atas komitmen dalam menjayakan pertandingan ini.