KONVOI KEDA BIKERS DISAMBUT 150 0RANG PENDUDUK DESA KEDA TANJUNG SETOL

PENDANG – Konvoi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah atau KEDA Bikers telah disambut meriah oleh 150 orang penduduk Desa KEDA Tanjung Setol.
Kehadiran 49 orang KEDA Biker dan Riders Jemputan ini adalah bersempena Konvoi Semarak Kasih Merdeka KEDA Tahun 2024.
Konvoi yang menjelajah ke 4 Desa KEDA di Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu ini menjadikan Desa KEDA Tanjung Setol sebagai destinasi pertama.
Ketibaan konvoi yang diketuai sendiri oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff ini telah disambut oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena, Encik Mohd Hafiz bin Ahmad, kakitangan zon serta Pengerusi Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P), Encik Shatar Bin Jusoh dan seluruh barisan kepimpinan 4P desa tersebut.
Antara pegawai yang terlibat adalah Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan dan Penolong Pengarah Kolej KEDA, Encik Muhamad Fikhri bin Zulkifli.
Pelbagai aktiviti telah disediakan kepada peserta konvoi dan penduduk seperti Sepak Raga Tuju, pertandingan mewarna, basikal berhias dan jamuan rakyat.
Turut diadakan adalah sesi serahan bendera kepada kepimpinan 4P, bakul makanan yang disempurnakan oleh Tuan Pengurus Besar.
Tuan Pengurus Besar turut sempat melakukan ziarah kasih kepada penduduk desa tersebut.
Terima kasih kepada Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena. Terima kasih juga kepada kepimpinan 4P dan penduduk Desa KEDA Tanjung Setol.
MERDEKA!