KONVOI SEMARAK KASIH MERDEKA KEDA 2024 KE TAMAN SEJAHTERA RAKYAT SUNGAI TOH PAWANG
BEDONG – Konvoi Semarak Kasih Merdeka Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berkesempatan berkunjung ke Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang, di sini.
Konvoi yang dipimpin oleh Pengurus Besar KEDA sendiri, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah disertai 49 orang KEDA Bikers dan Riders Jemputan Luar yang melibatkan agensi kerajaan, swasta dan NGO.
Antara pegawai yang terlibat adalah Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan dan Penolong Pengarah Kolej KEDA, Encik Muhamad Fikhri bin Zulkifli.
Ketibaan konvoi disambut mesra oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan, Encik Anuar bin Omar kakitangan zon serta Pengerusi Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P), Puan Noorazlinda binti Awang dan seluruh barisan kepimpinan 4P desa tersebut.
Pada masa yang sama, seramai 40 orang penduduk desa KEDA tersebut telah menghadiri kursus masakan.
Antara aktiviti yang diadakan di sana adalah ziarah kasih, serahan bantuan bakul makanan dan penyerahan bendera kepada barisan kepimpinan desa untuk memeriahkan desa.
Semoga makna merdeka dapat dihayati bukan sahaja dengan hiasan bendera namun merdeka pemikiran dan tindakan dalam memenuhi aspirasi Malaysia Madani
Terima kasih Pejabat KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan dan penduduk Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang.
Malaysia Madani : Jiwa Merdeka!








