KEJOHANAN SUKAN DESA-DESA KEDA (KESUDA) ZON 7 KUALA MUDA/YAN MERIAH
KEJOHANAN SUKAN DESA-DESA KEDA (KESUDA) ZON 7 KUALA MUDA/YAN MERIAH
SUNGAI PETANI – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 7 Kuala Muda/Yan telah menganjurkan Kejohanan Sukan Desa KEDA (KESUDA) Peringkat Zon 7 Kuala Muda/Yan yang bertempat di Amanjaya Sport Centre, di sini.
Pertandingan ini telah disertai tujuh Pasukan futsal dan lima pasukan bola jaring daripada keseluruhan 7 desa KEDA yang terdapat di zon ini.
Kejohanan ini telah memasuki tahun kedua penganjuran dan melibatkan semua belia dan penduduk Desa KEDA di Zon 7.
Kejohanan ini diadakan bagi menggalakan gaya hidup sihat dikalangan penduduk di Desa-Desa KEDA selain mengukuhkan silaturahim sesama penduduk Desa KEDA.
Pada edisi kali ini, Desa KEDA Sungai Udang, Yan menyapu bersih trofi kemenangan bagi pertandingan Futsal dan Bola Jaring.
Semoga kejohanan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru dikalangan anak-anak KEDA ke peringkat lebih tinggi dan dapat mengharumkan nama KEDA dipersada yang lebih tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada semua urusetia yang terlibat dari Kelab Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan KEDA, pengadil pertandingan, para penyokong dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan kejohanan ini.








