SAMBUTAN HARI KELUARGA DAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DESA KEDA SUNGAI UDANG

SAMBUTAN HARI KELUARGA DAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DESA KEDA SUNGAI UDANG

YAN – Sambutan Hari Keluarga dan Penutupan Bulan Kemerdekaan Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Udang telah diadakan dengan penuh semangat patriotik.
Objektif program ini diadakan adalah bagi meraikan penutupan sambutan bulan kemerdekaan sekaligus mengadakan Hari Keluarga bagi penduduk Desa KEDA Sungai Udang.
Pelbagai acara diadakan sempena sambutan ini antaranya perbarisan dan kawad mengikut kontijen rumah dalam desa KEDA, sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan pameran agensi kerajaan.
Lebih 120 orang penduduk Desa KEDA Sungai Udang telah mengambil bahagian didalam program ini yang melibatkan pelbagai acara.
Majlis inintelah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan, Encik Anuar bin Omar.
Sudah semestinya KEDA akan sentiasa bersama dengan komuniti dalam gerakan kebaikan dan kesejahteraan desa.
Diharapkan program ini menjadi pemangkin kepada komuniti untuk berubah menjadi lebih baik berbanding sekarang ini berada di zon yang selesa.
Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) , Penyelia, dan komuniti Desa KEDA Sungai Udang, agensi-agensi kerajaan dan semua yang terlibat menjayakan program ini.