SESI PERJUMPAAN PENDUDUK DESA KEDA BAGAN, NAKA, PADANG TERAP BERSAMA PIHAK KEDA
PADANG TERAP – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) meneruskan operasi perkhidmatannya dalam menyantuni rakyat apabila Pengurus Hartanah dan Prasarana, YBrs. Encik Mohd Elias bin Hassan telah mengunjungi Desa KEDA Bagan.
Kunjungan ini menerima kehadiran 61 peserta perumahan tradisional Desa KEDA Bagan yang merupakan salah satu daripada dua perumahan tradisional yang dibina oleh pihak KEDA di daerah Padang Terap.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Penolong Pengurus Hartanah dan Prasarana, Puan Nur Idawati binti Abdul Wahab dan Encik Mohd Zahir. Selain itu, pegawai KEDA yang hadir adalah Ketua Unit Integriti dan Perundangan, Cik Nurul Aqilah binti Azmi, Ketua Unit Kutipan Hasil, Encik Dzulkarnain bin Abdul Manaf serta pegawai-pegawai dari Bahagian Hartanah dan Prasarana, Unit Kutipan Hasil sert Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap.
Sesi ini diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan maklumat berkaitan hal ehwal perumahan tradisional di kawasan desa ini.
Selain itu, sesi ini diadakan bagi menyelesaikan persempadanan lot yang terbaru mengikut pihak kelulusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Padang Terap yang terkini.
Semoga dengan input yang dikongsi dapat membantu penduduk dalam meneruskan kehidupan di desa ini agar sentiasa aman dan harmoni seiring dengan aspek Kesejahteraan dalam 6 teras Malaysia MADANI.