KUNJUNG HORMAT PELITAWANIS TNB KEPADA PUSPANITA KEDA
ALOR SETAR – Seramai 22 orang ahli jawatankuasa Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (PUSPANITA KEDA) telah menyambut mesra kehadiran 9 orang ahli jawatankuasa Persatuan Wanita Tenaga Nasional Bhd (PELITAWANIS TNB) Cawangan Alor Setar.
Objektif kunjung hormat diadakan adalah bagi sama-sama berkenalan dan merancang kolabarasi yang dapat dijalankan antara kedua-dua jabatan bagi memperkukuh fungsi persatuan masing-masing.
Kehadiran PELITAWANIS TNB ke Kompleks Ibu Pejabat KEDA, di sini telah diketuai oleh Pengerusinya, Puan Siti Safinaz binti Kamaruddin.
PUSPANITA KEDA pula telah diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Puan Yusnida binti Yusoff. Turut hadir adalah Setiausaha, Puan Noor Shafiza binti Hussain dan Penolong Setiausaha, Puan Sunita binti Yahaya.
Semoga jalinan awal antara kedua-dua belah pihak dapat terus mempercepat pembangunan masyarakat luar bandar di daerah Kota Setar dan sekitar terutama dalam aspek pemerkasaan wanita.