PENGUNJUNG SAMBUT BAIK JUALAN KASIH KEDA DI SINGKIR BADONG, YAN

PENGUNJUNG SAMBUT BAIK JUALAN KASIH KEDA DI SINGKIR BADONG, YAN

YAN – Program Jualan Kasih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) MADANI Tahun 2024 yang berlangsung di pekarangan Dewan Desa KEDA Singkir Badong, dekat sini semalam mendapat sambutan baik dari rata-rata pengunjung yang hadir.
Lebih 3,000 penduduk Yan menyerbu Jualan Kasih KEDA MADANI yang menawarkan 53 barangan keperluan harian lebih murah.
Program yang bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu memberi peluang kepada penduduk di daerah berkenaan membeli barangan seperti beras, ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan penjimatan harga hingga 30 peratus.
Seorang pengunjung, Zahid Mat Ali,65, menyambut baik program yang diadakan kerana ia membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan jualan barangan keperluan rumah yang murah.
Sementara itu, pengunjung, Faridah Ahmad, 63, menyokong program yang diadakan KEDA dan berharap agar program ini akan terus diadakan di banyak kawasan kerana harga barangan keperluan yang dijual berpatutan.
KEDA bekerjasama dengan FAMA Negeri Kedah dan turut dibuka jualan 20 produk usahawan KEDA tempatan seperti ais sagat, kuih tradisional dan aneka makanan.
KEDA turut megadakan jualan Combo Sale RM15 dan Happy Hour bagi memeriahkan lagi program berkenaan.