KEDA RAIH TEMPAT KE-4, PERTANDINGAN CONGKAK (BERPASUKAN) SEMPENA FIESTA USAHAWAN PKNK@UKIR MALL (FEUSE 2025)

KEDA RAIH TEMPAT KE-4, PERTANDINGAN CONGKAK (BERPASUKAN) SEMPENA FIESTA USAHAWAN PKNK@UKIR MALL (FEUSE 2025)

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya merangkul tempat keempat Pertandingan Congkak (Berpasukan) sempena Fiesta Usahawan PKNK@Ukir Mall (FEUSE 2025).
Program yang terbuka kepada semua penjawat awam dan rakyat ini dianjurkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di Ukir Mall, di sini.
KEDA telah menghantar 2 pasukan yang diwakili oleh Puan Fudzla Suria Binti Abdul Karim (UPSM, Puan Nurul Ain binti Mansor (BPPP) dan Cik Nur Amanina binti Mohamad Bakri (BNT)
Turut hadir mewakili KEDA B adalah Puan Suryati binti Salleh (BNT), Puan Rohaiza binti Haron (BNT) dan Puan Aida Suzani binti Ishak (BPK).
KEDA yang menjadi Johan kumpulan setelah memenangi semua perlawanan telah bertemu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di peringkat separuh akhir.
Nasib tidak menyebelahi pasukan KEDA A apabila tumpas kepada MADA yang merupakan johan keseluruhan bagi pertandingan ini.
KEDA hanya mampu berpuas hati sebagai pemenang keempat apabila tumpas kepada Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) sewaktu penentuan tempat ketiga keempat.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Anita binti Salleh, Timbalan Pengerusi PUSPANITA PKNK.
Tahniah KEDA atas kejayaan ini. Teruskan sebar luas tradisi kebanggaan kita ini.