PROGRAM MALAM 7 LIKUR BELIA DAN ANAK RANTAU DESA KEDA TELUK BEREMBANG RAIKAN KETIBAAN SYAWAL
LANGKAWI – Mengakhiri 10 malam terakhir di bulan Syawal, Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 1, Langkawi telah berkerjasama dengan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dan menganjurkan Program Malam Tujuh Likur Belia Dan Anak Rantau Desa KEDA.
Program yang diadakan di Desa KEDA Teluk Berembang, Pulau Tuba, di sini telah melibatkan pelbagai aktiviti keagamaan dan gotong-royong yang bertujuan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk dan peserta.
Pada waktu malam, peserta berkumpul di surau untuk pendaftaran dan bermalam. Aktiviti utama yang dijalankan termasuklah solat Isyak dan Tarawih berjemaah, diikuti tazkirah mengenai Malam Lailatul Qadar.
Selepas itu, peserta menikmati moreh sebelum memulakan aktiviti Qiyamullail, yang merangkumi solat sunat berjemaah, zikir munajat, khatam Al-Quran, serta bersahur bersama sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah.
Gotong-royong juga turut dilaksanakan di sekitar desxa termasuk dan juga membersih dan mengemas surau.
Turut diwujudkan Pertandingan Menghias Rumah Tercantik sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Program diakhiri dengan menggantung poster “Selamat Pulang Anak Rantau Desa KEDA” di pintu masuk DKTB sebelum peserta bersurai pada tengah hari.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan peserta, serta meningkatkan semangat kerohanian menjelang akhir Ramadan.