PROGRAM TUJUH LIKUR BELIA DAN ANAK RANTAU DESA KEDA WANG TOK RENDONG KEKAL JADI TRADISI

PROGRAM TUJUH LIKUR BELIA DAN ANAK RANTAU DESA KEDA WANG TOK RENDONG KEKAL JADI TRADISI

LANGKAWI – Telah menajdi tradisi 10 terakhir Ramadan dimana akan berlangsungnya Program Tujuh Likur Belia Dan Anak Rantau Desa di Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Wang Tok Rendong.
Program ini adalah anjuran bersama antara Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi dan Kelab Belia Desa KEDA Wang Tok Rendong dalam meningkatkan lagi amal ibadat di penghujung bulan Ramadan ini.
Seramai 80 orang terlibat dalam program ini yang terdiri daripada belia dan beliawanis serta warga Desa KEDA Wang Tok Rendong. Program qiamullail bermula dengan beberapa solat sunat diikuti dengan bersahur serta solat subuh.
Akhirnya, program ditutup dan berakhir dengan kuliah subuh bertajuk ‘Pemergian Bulan Yang Dirindui’ yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Habib Solhi Bin Hamlan.
Disamping itu, Kelab Belia Desa KEDA Wang Tok Rendong juga telah menaikkan kain rentang sempena menyambut kepulangan anak rantau Desa KEDA Wang Tok Rendong.
Terima kasih semua yang telah menjayakan program ini. Semoga ianya menjadi salah satu amalan kita setelah berakhir Ramadan nanti.