TRADISI PROGAM MALAM 7 LIKUR DAN SAMBUTAN ANAK PERANTAU PULANG BERAYA DI DESA-DESA KEDA ZON 8, KOTA SETAR/KUBANG PASU DITERUSKAN

TRADISI PROGAM MALAM 7 LIKUR DAN SAMBUTAN ANAK PERANTAU PULANG BERAYA DI DESA-DESA KEDA ZON 8, KOTA SETAR/KUBANG PASU DITERUSKAN

KUBANG PASU – Sempena 10 malam terakhir Ramadan, 5 Desa-Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di bawah seliaan Pejabat KEDA Zon 8, Kota Setar/Kubang Pasu telah memeriahkan program Semarak Sambutan Malam 7 Likur di Desa KEDA masing-masing.
Setiap Desa-Desa KEDA ini mengambil inisiatif dan peluang yang diberikan oleh KEDA dengan desa disini telah dimeriahkan dengan diterangi cahaya pelita dan lampu raya di setiap rumah dan surau secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.
Sementara itu, masyarakat di 5 Desa KEDA Zon 8 ini juga tidak melepaskan peluang untuk mencari keredhaan di 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini dengan melaksanakan program Qiyamullail dan Tadarus bagi mengimarahkan surau mereka.
Pejabat KEDA Zon 8 tidak lupa juga untuk mengalu-alukan kepulangan anak rantau Desa-Desa KEDA kembali ke kampung bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan gantungan kain rentang di lokasi pintu masuk kampung.
Pihak Jawatankuasa 4P Desa-Desa KEDA Kota Setar/Kubang Pasu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan kEDA menyalurkan peruntukan sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri di Desa-Desa KEDA tahun ini.
Semoga program ini berterusan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara Pejabat KEDA Zon bersama penduduk Desa-Desa KEDA terutamanya belia-belia kampung serta meningkatkan semangat kerohanian menjelang akhir Ramadan.