PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEMPENA PROGAM MALAM 7 LIKUR DAN SAMBUTAN ANAK PERANTAU PULANG BERAYA DI DESA-DESA KEDA ZON 4, SIK
SIK – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 4 , Sik telah mengekalkan tradisi dengan menganjurkan Program Malam 7 Likur dan Sambutan Anak Perantau Desa KEDA.
Program ini dilaksanakan di semua Desa KEDA Daerah Sik dengan objektif sebagai meraikan penantian 10 terakhir Ramadan dan sebagai salah satu inisiatif mengeratkan silaturahim sesama penduduk.
Antara pengisian yang diadakan adalah sesi Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran, Qiyamullail dan Tazkirah Pecutan Terakhir Ramadan.
Selain itu, turut dianjurkan program gotong-royong membersihkan sekitar Desa KEDA masing-masing dan hiasan dan kemeriahan memasang lampu dan tradisi pelita raya di rumah dan lokasi tumpuan di desa.
Aktiviti memasang banner ucapan raya khusus buat anak perantau dari Pengurusan Tertinggi KEDA,
Pejabat KEDA Zon dan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) turut diadakan.
Ini bagi meraikan warga KEDA yang merantau agar hati mereka sentiasa tersemat sebagai warga KEDA walau dimana mereka berada.
Terima kasih semua dalam memeriah dan terlibat dalam program tradisi yang cukup baik dalam mengenal agama dan pembudayaan silaturahim kepada penduduk.