MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN KEDA YANG KE-44

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN KEDA YANG KE-44

sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-44 bertempat di Surau An-Nur, Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar.
Majlis yang diadakan secara sederhana namun penuh penghayatan itu turut dihadiri oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, bersama-sama warga kerja KEDA sebagai tanda kesyukuran atas pencapaian dan perjalanan agensi sepanjang lebih empat dekad penubuhannya.
Sejak ditubuhkan pada 28 Mei 1981, KEDA telah memainkan peranan penting dalam membangunkan wilayah luar bandar di Kedah, dengan menerima peruntukan pembangunan keseluruhan berjumlah RM2.3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan dan dana ini telah dimanfaatkan secara menyeluruh menerusi pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif yang memberi impak besar terhadap kesejahteraan rakyat luar bandar.
Majlis ini bukan sahaja menjadi medan refleksi atas kejayaan KEDA selama ini, malah turut menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga kerja KEDA untuk terus komited dalam menjayakan agenda pembangunan luar bandar secara menyeluruh dan berkesan.