70 PASUKAN SERTAI PERTANDINGAN SEPAK PENALTI JEMPUTAN PIALA PENGERUSI KEDA PROPERTIES AND MANAGEMENT SDN. BHD.

70 PASUKAN SERTAI PERTANDINGAN SEPAK PENALTI JEMPUTAN PIALA PENGERUSI KEDA PROPERTIES AND MANAGEMENT SDN. BHD.

SUNGAI PETANI – Sebanyak 70 pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Sepak Penalti Jemputan Piala Pengerusi KEDA Properties and Management Sdn. Bhd. yang diadakan secara julung kalinya sempena sambutan Hari Belia Negara di Daerah Kuala Muda.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama antara Pejabat KEDA Zon 7 Kuala Muda/Yan, anak syarikat KEDA iaitu KEDA Properties and Management Sdn. Bhd. (KPMSB), Majlis Belia Daerah Kuala Muda, 40 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Parlimen Merbok dan Jawatankuasa Pelaksana dan Perancang Program (4P) Desa-desa KEDA Zon 7.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KPMSB, YBhg. Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin. Turut hadir ialah Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Encik Kamarol Azlan bin Abdul Hamid, Pengurus KPMSB, Encik Mohd Syazwan Najimi bin Fadzilah serta pemimpin tempatan dari JPKKP dan 4P desa-desa terlibat.
Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa pasukan jemputan termasuk KEDA FC, RAMD Kem Lapangan Terbang, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Majlis Belia Daerah Kuala Muda dan Giat MARA.
Lebih 300 orang membanjiri lokasi pertandingan pada pagi tersebut, memeriahkan suasana sambutan Hari Belia Negara peringkat zon dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Program ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti sihat serta mengukuhkan kerjasama antara agensi pelaksana dan masyarakat setempat.
Menurut penganjur, rata-rata peserta dan pengunjung berpuas hati dengan kelancaran penganjuran program ini dan menyuarakan harapan agar kolaborasi antara pemimpin masyarakat, agensi dan rakyat dapat diteruskan dalam pelbagai bentuk program sosial, sukan, kebajikan dan kerohanian pada masa akan datang.
Dalam pertandingan tersebut, pasukan JPKKP Kampung Teluk dinobatkan sebagai juara, manakala pasukan dari Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) muncul sebagai naib juara.