WALKABOUT PENGURUS BESAR KE USAHAWAN KEDA@KARNIVAL KPDN ZON UTARA 2025
SUNGAI PETANI – Selain memberi sokongan dalam menghadiri Majlis Perasmian Siri Jelajah Karnival Kementerian Perdadangan Dalam Negeri (KPDN) Zon Utara 2025, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Hajah Afifah binti Haji Omar turut tidak melepaskan peluang untuk mengadakan kunjungan ke reruai yang ada.
Sesi kunjungan@walkabout ini tertumpu kepada usahawan KEDA yang turut terlibat dalam program ini.
5 orang usahawan KEDA yang hadir mempamer produk dan perkhidmatan mereka adalah produk Mahsuri Gold, Sambal Opah, Teh Dawud, Cotsworld Embroidery dan Binshahidan Craft.
Turut hadir dalam sesi perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato’ Armizan bin Mohd Ali, Menteri KPDN adalah Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar dan Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa.
Selain itu, pegawai lain yang hadir adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Penolong Pengurus Pembangunan Usahwan, Encik Muhammad Luqman bin Nazari dan Encik Mohd Suffian bin Abu Bakar dari bahagian yang sama.