KEDA DI JELAJAH KARNIVAL KPDN ZON UTARA 2025
SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) turut meneruskan aspirasi kerajaan Malaysia MADANI dengan turut serta dalam menjayakan Siri Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Tahun 2025.
Karnival yang kini tiba di Zon Utara akan berlangsung selama 3 hari di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani dari 26 hingga 28 September 2025.
KEDA yang merupakan salah satu agensi dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hadir dengan membawa lima usahawan mereka untuk turut terlibat mempersembah produk masing-masing untuk karnival ini.
Lima usahawan tersebut adalah produk Mahsuri Gold, Sambal Opah, Teh Dawud, Cotsworld Embroidery dan Binshahidan Craft
Pelbagai aktiviti disediakan seperti Pocket Talk, Meet & Greet Didi & Friends selain persembahan artis-artis terkenal tempatan seperti Usop Mentor, Iman Troye dan Black Hanifah.
Selain hiburan, karnival ini turut memberi tumpuan kepada peluang kerjaya melalui Karnival Kerjaya MyFutureJobs yang diadakan dengan kerjasama PERKESO, menawarkan ratusan peluang pekerjaan daripada pelbagai bidang.
Antara pengisian lain ialah pelbagai pertandingan meliputi semua peringkat umur seperti Art Battle Graffiti, Pertandingan Nyanyian Patriotik Cilik, Explorasi Mini KPDN, e-sports, band showdown dan banyak lagi.
Salah satu tarikan utama karnival ini dan julung kali diadakan ialah Jualan RAHMAH 56 jam tanpa henti, yang bermula dari jam 10 pagi Jumaat hingga 6 petang Ahad.
Jom orang Kedah, kita pakat mai karnival ini!