LAWATAN PUSPANITA KEDA KE KEJORA

RM15.2 JUTA PROGRAM DESA LESTARI KKDW DI NEGERI KEDAH

BALING – Negeri Kedah merupakan antara salah satu negeri yang tidak terkecuali daripada menerima geran peruntukan bernilai RM15.2 juta di bawah Program Desa Lestari (PDL) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata mulai 2013 sehingga 2023, sebanyak 16 buah kampung telah berjaya menerima geran di bawah PDL bagi menjalankan projek.
“Antara projek-projek yang dijalankan iaitu sektor ekonomi utama iaitu perkhidmatan, pelancongan, pertanian, perternakan, pembuatan dan peruncitan.
“Sektor-sektor ini telah berjaya menjana jumlah pendapatan kasar sebanyak RM12.3 juta.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media sempena Majlis Perasmian Projek Eko Pelancongan Desa Lestari Gua Sireh dan Program My Desa My Destination (MDMD).
Seramai 400 orang tetamu hadir termasuk ketua-ketua agensi dibawah KKDW dan kerajaan negeri serta penduduk setempat.
Antara kenamaan yang hadir adalah Pegawai Daerah Baling, YBhg. Dato’ Haji Abdul Ghafar bin Yahya, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Setiausaha Bahagian Pembangunan Eknomi Komuniti, Encik Mohd Sabri bin Ramly, Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah, Puan Norzila binti Nayan.
Menurutnya, antara kampung-kampung Desa Lestari di Kedah yang berjaya menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan pendapatan kasar tertinggi adalah seperti kampung Asam Jawa, Pendang, Kampung Kilim, Pulau Langkawi, Kampung Ulu Legong, Baling.
Beliau berharap agar Koperasi Gua Sireh juga akan turut tersenarai antara koperasi yang berjaya di Negeri Kedah melalui program ini setelah melihat kepada potensi dan keistimewaan yang ada pada gua ini.