SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT DESA KEDA BUKIT KURA

PADANG TERAP – Dalam usaha memastikan umat Islam di kawasan luar bandar memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap telah menganjurkan ceramah agama.
Ceramah sempena meraikan Sambutan Israk dan Mikraj ini telah disampaikan oleh penceramah bebas, Al Fadhil Ustaz Mohammad Hafizuddin bin Alias.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan kemudian diteruskan dengan ceramah Peristiwa Israk dan Mikraj dan disulami dengan qasidah dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah, Pedu.
Diharapkan program ini menambahkan pengetahuan dan penghayatan agar umat Islam sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.