PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN PERDANA DI DESA LESTARI ASAM JAWA, PENDANG

PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN PERDANA DI DESA LESTARI ASAM JAWA, PENDANG

PENDANG – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 3, Pendang/Pokok Sena dengan kerjasama Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa Lestari Asam Jawa telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana zon ini.
Majlis berbuka puasa ini telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Niagatani, Encik Sulaiman bin Noor.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Pegawai Pembangunan Zon 3 Pendang/Pokok Sena, Encik Mohd Hafiz bin Ahmad.
Lebih meriah, majlis ini turut menerima kunjungan staf KEDA dari Bahagian Niagatani, Bahagian Pembangunan Komuniti, Unit Komunikasi Korporat dan Pejabat KEDA Zon 3 sendiri.
Majlis yang menerima kehadiran seramai 200 orang tetamu dimulakan dengan ucapan aluan dari pegawai KEDA dan diikuti tahlil ringkas yang dipimpin oleh Tuan Imam Masjid Futuhurrahman, Encik Alias bin Abdullah.
Sebelum berbuka, diadakan sesi penyerahan bantuan kepada asnaf seramai 24 orang penerima bantuan bakul makanan dan majlis diakhiri dengan solat terawih secara berjemaah.
Semoga program pengimarahan dan santunan KEDA kali ini dapat mengeratkan silaturahim penduduk desa serta menyimpan pelbagai kenangan terutama dalam kalangan penduduk kampung.