MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENGIMARAHAN RAMADAN TAHUN 2024 DI DESA KEDA SADEK, MUKIM KUPANG, BALING

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENGIMARAHAN RAMADAN TAHUN 2024 DI DESA KEDA SADEK, MUKIM KUPANG, BALING

BALING – Bulan Ramadan Al-Mubarak telah disambut dengan penuh pengharapan oleh penduduk Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sadek, Mukim Kupang di sini sempena Majlis Berbuka Puasa dan Pengimarahan Ramadan Tahun 1445H/2024M.
Majlis ini adalah anjuran bersama Pejabat KEDA Zon 5, Baling bersama Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Sadek.
Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara penduduk Desa KEDA Sadek dan pegawai KEDA dari Kompleks Ibu Pejabat serta Pejabat KEDA Zon 5, Baling.
Majlis tahlil terlebih dahulu dijalankan sebelum berbuka puasa berjemaah di Surau Desa KEDA Sadek.
Penglibatan penduduk sekitar dalam majlis ini dilihat mampu mewujudkan hubungan yang baik dan harmoni dengan kakitangan KEDA.
Semoga Ramadan ini menjanjikan kemanisan ibadah kepada kita semua dalam membentuk mukmin sejati.