MAJLIS IFTAR PERINGKAT DESA KEDA LERET ZON 9, BANDAR BAHARU

MAJLIS IFTAR PERINGKAT DESA KEDA LERET ZON 9, BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU – Majlis Iftar peringkat Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diteruskan lagi dengan kali ini Desa KEDA Leret menjadi tempatnya yang berada di dalam kawasan operasi Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu.
Majlis ini melibatkan kerjasama di antara Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu, Jawatankuasa Pasukan Perancang Dan Pelaksana Projek (4P) Desa KEDA Leret dan Jawatankuasa Surau Al-Hannan Desa KEDA Leret. Ianya telah berlangsung dengan jayanya dan penuh muhibah.
Dianggarkan seramai 100 orang tetamu yang hadir dan terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Majlis ini turut mempersembahkan kelainan tersendiri dengan mengetengahkan elemen tradisional apabila konsep berbuka ala-ala kampung diadakan dengan majoriti tetamu duduk bersila beramai-ramai dengan setiap keluarga membawa tikar dan juadah berbuka untuk berkongsi dengan hadirin yang hadir.
Program ini turut dihadiri oleh kakitangan dari Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu.
Pada program tersebut, turut dijalankan sesi penyerahan bantuan kepada penduduk desa KEDA Leret yang melibatkan 5 orang penerima yang kurang bernasib baik.
Majlis diakhiri dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah dan moreh.
Ini adalah antara tradisi KEDA yang berhasrat untuk mengeratkan silaturahim di antara KEDA bersama warga Desa KEDA disamping sebagai landasan dalam penghebahan operasi agensi ini kepada semua pelanggan KEDA.
Sesungguhnya, pembangunan kerohanian dan modal insan yang melibatkan aktiviti keagamaan adalah fokus utama KEDA dan tingkatnya penghayatan agama, model komuniti sejahtera dapat dibentuk dengan lebih mudah.