MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENGIMARAHAN RAMADAN DI DESA KEDA KELEDANG

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENGIMARAHAN RAMADAN DI DESA KEDA KELEDANG

BALING – Program Pengimarahan Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa di Desa KEDA Keledang, sempena Ramadan Al-Mubarak bagi tahun 1445H/2024M.
Majlis yang berlangsung di pekarangan Surau Desa KEDA Keledang suasananya cukup meriah dengan kehadiran penduduk dari pelbagai peringkat umur termasuk golongan kanak-kanak yang dilihat gembira menghadiri majlis itu.
Majlis ini dimulai dengan tahlil dan tazkirah ringkas Ramadan oleh Imam Masjid Ketembar, Tuan Haji Halim bin Man dan diteruskan dengan solat terawih berjemaah.
Program ini mendapat kerjasama baik dari Ahli Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Keledang.
Objektif majlis ini adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga Pengurusan KEDA dengan penduduk Desa KEDA ke arah mencapai kecemerlangan Desa KEDA.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.