PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN PERDANA DI DESA KEDA TELUK BEREMBANG, PULAU TUBA, LANGKAWI.

PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN PERDANA DI DESA KEDA TELUK BEREMBANG, PULAU TUBA, LANGKAWI.

LANGKAWI – Seramai 54 orang penduduk Desa KEDA Teluk Berembang menerima sumbangan beras pulut dari pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sempena Program Pengimarahan Bulan Ramadan Al-Mubarak yang diadakan di Surau Desa KEDA itu baru-baru ini.
Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengurus Hartanah dan Prasarana KEDA, Encik Rojani bin Romeli dan Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1 Langkawi, Encik Othman bin Hashim.
Program pengimarahan dimulakan dengan perkongsian tazkirah yang telah disampaikan oleh Pegawai Unit Komunikasi Korporat KEDA, Al-Fadhil Ustaz Abdul Mu’min Mohd Rozi.
Selesai penyampaian tazkirah, majlis diteruskan dengan penyerahan jam takwim kepada Surau Desa KEDA Teluk Berembang oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA.
Seterusnya adalah sesi bacaan tahlil dan doa selamat yang telah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Salam dari Pulau Tuba.
Program dimeriahkan lagi dengan majlis iftar bersama penduduk Desa KEDA serta tetamu yang hadir dan majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah di Surau Desa KEDA Teluk Berembang.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua penduduk Desa KEDA dan penduduk sekitar serta kakitangan KEDA dari Bahagian Hartanah dan Prasarana dan Unit Komunikasi Korporat KEDA.
Semoga dengan adanya program pengimarahan Ramadan Perdana seperti ini dapat memberikan keberkatan dan kerahmatan kepada masyarakat setempat disamping menjalin hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dan warga KEDA.