PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN PERDANA DESA KEDA BAGAN, PADANG TERAP

PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN PERDANA DESA KEDA BAGAN, PADANG TERAP

PADANG TERAP – Program Pengimarahan Ramadan Perdana berjaya diadakan dengan meriah di Masjid Kariah Kampung Bagan di Surau Desa KEDA Bagan, Naka di sini.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2, Padang Terap Encik Khairul Ridhwan bin Abd Aziz @ Abd Razak yang mewakili pihak Pengurusan KEDA.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyerahan sumbangan bantuan yang berupa bakul makanan kepada 83 ahli Koperasi Pembangunan Kampung KEDA Bagan Naka Bhd yang disempurnakan oleh Cik Noor Shahida binti Jamil, wakil pegawai daripada Bahagian Pembangunan Usahawan.
Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas mengenai bulan Ramadan dengan penuh hikmah dan diikuti dengan bacaan tahlil serta doa selamat yang telah diketuai oleh Imam (1) Masjid Kariah Kampung Bagan, Naka, Al-Fadhil Ustaz Mohammad Sayuti bin Ashari.
Program dimeriahkan lagi dengan ketibaan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Omar, beliau sempat beramah mesra dan menyantuni seluruh penduduk Desa KEDA Bagan yang hadir.
Turut hadir adalah Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian (BPPP) KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan.
Aktiviti pemimpinan KEDA turun padang menunjukkan kesungguhan dan keseriusan pengurusan KEDA dalam memastikan golongan sasar di penempatan Desa KEDA mendapat nikmat pembangunan program yang dirancang disamping mengeratkan silaturahim diantara penduduk kampung.
Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah di Masjid Kariah Kampung Bagan di Surau Desa KEDA Bagan.
Diharapkan program seperti ini diteruskan dan menjadi amalan tradisi di penempatan Desa KEDA di mana dengan cara ini, secara tidak langsung warga kerja dan pengurusan KEDA dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk Desa KEDA.