MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI

LANGKAWI – Desa KEDA Wang Tok Rendong tidak terkecuali dalam merai Sambutan Aidilfitri Tahun 2024 di Perkarangan Masjid As-Sofiah Desa KEDA itu baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung meriah dan mendapat kerjasama baik dari semua penduduk dengan jumlah kehadiran para tetamu seramai 500 orang.
Majlis ini berjaya dilaksanakan oleh Kepimpinan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Wang Tok Rendong bersama ngo-ngo yang aktif di dalam kampung seperti Jawatankuasa Kariah Masjid As-Sofiah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Majlis Ketua Kampung (MKK), Persatuan Homestay, Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Koperasi Pembangunan Kampung, dan Kelab Belia.
Terdapat pelbagai juadah istimewa disediakan mengikut gerai dan ngo-ngo yang terlibat antaranya bihun sup, laksa, kuih raya tradisional, ketupat, lemang, nasi goreng, rendang daging dan ayam serta aneka jenis minuman.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Sepanjang majlis ini para tetamu didendangkan dengan alunan lagu-lagu raya nostalgia oleh Kumpulan Gendang Warisan Langkawi dan persembahan khas daripada kakitangan Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi, Cik Nurzulaikha binti Mad Zahir yang menyanyikan sebuah lagu berjudul Indahnya Beraya Didesa-Azlina Aziz.