PEGAWAI KEDA DIINGAT CAKNA PERATURAN 605
KUBANG PASU – 60 Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diingatkan agar cakna dengan peraturan yang sedia ada dalam memastikan kawalan dalaman terhadap kakitangan bawahan boleh ditambah baik.
Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar berkata pegawai penyelia harus memainkan peranan untuk mengawal selia keberadaan kakitangan bawahan semasa waktu bekerja dalam memastikan pelaksanaan tugas mengikut SOP yang ditetapkan.
Taklimat Akta 605 ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di KEDA dan seramai 60 pegawai-pegawai penyelia dan wakil-wakil mendengar taklimat berkenaan.
“Sepertimana tertakluk dalam Akta KEDA, segala urusan tatatertib di KEDA perlu menggunapakai Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 ataupun dikenali sebagai Akta 605.”
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) di Dewan Seminar Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) KEDA, di Napoh baru-baru ini.
Taklimat ini disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia, YBhg. Dr Khairul Anuar bin Che Azmi.
Taklimat Akta 605 ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di KEDA dan KEDA merupakan agensi Badan Berkanun Persekutuan ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981.
Besar harapan KEDA agar usaha yang dijalankan KEDA ini akan dapat meningkatkan kefahaman kakitangan KEDA berhubung Akta 605 sekaligus memperkukuhkan integriti dan menambah baik tadbir urus KEDA.