KEDA BINCANG KERJASAMA PELAKSANAAN PROGRAM DENGAN JPN KEDAH

KEDA BINCANG KERJASAMA PELAKSANAAN PROGRAM DENGAN JPN KEDAH

ALOR SETAR – Pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah ke Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini.
Delegasi JPN Kedah disambut Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Kunjung hormat yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Encik Malek bin Abu Hassan, bertujuan membincangkan pelaksanaan program kerjasama antara KEDA dengan JPN Kedah bagi tahun 2024.
Antara yang dibincangkan iaitu berkaitan Program Tuisyen Pintar@KEDA Tahun 2024 merupakan program anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertujuan menyediakan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 2024.
Program ini melibatkan 113 buah sekolah bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemankin kecemerlangan modal insan.
Turut dibincangkan iaitu Program 100 Permata Negeri Kedah Tahun 2024 dan KEDA menjadi agensi yang menyokong kepada JPN dalam memperkasakan generasi pewaris.
Program ini membolehkan negeri Kedah melahirkan 100 pelajar cemerlang mendapat ‘Straight A’ dalam semua mata pelajaran dan melahirkan 50 pelajar cemerlang luar bandar yang kelak mampu cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri.