FESTIVAL KESENIAN RAKYAT PERINGKAT PEJABAT KEDA ZON 3 PENDANG/POKOK SENA TAHUN 2024
PENDANG – Seramai 600 tetamu menceriakan suasana Festival Kesenian Rakyat Peringkat Pejabat KEDA Zon 3 Pendang/Pokok Sena Tahun 2024 baru-baru ini.
Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar. Turut memeriahkan majlis adalah para pegawai dari KEDA Zon 2, 7 dan 8 serta warga kerja dari Kompleks Ibu Pejabat KEDA.
Pelbagai aktiviti telah disusun termasuk pertandingan nyanyian berkumpulan dan pertandingan pakaian kanak-kanak yang disertai oleh penduduk Desa-desa KEDA di bawah Zon 3.
Sebanyak 9 gerai disediakan dengan pelbagai menu yang diuruskan oleh setiap Desa KEDA Zon 3 Pendang/Pokok Sena antaranya Desa KEDA Lahar Tunjung, Desa KEDA Tanjung Setol, Desa KEDA Asam Jawa, Desa KEDA Paya Lipai, Desa KEDA Kampung Bukit, Desa KEDA Derang dan Desa KEDA Bendang Perang.
Pertandingan gerai tercantik dimenangi oleh Desa KEDA Lahar Tunjung dan Desa KEDA Tanjung Setol mendapat markah tertinggi untuk kategori gerai terbersih manakala kategori gerai mesra pelanggan pula dimenangi oleh Desa KEDA Asam Jawa.
Bagi pertandingan nyanyian pula, johan dimenangi oleh Desa KEDA Paya Lipai, kedua oleh Desa KEDA Kampung Bukit dan Desa KEDA Derang memperolehi tempat ketiga.
Seterusnya, pertandingan pakaian kanak-kanak, johan dimenangi oleh Desa KEDA Bendang Perang, diikuti Desa KEDA Paya Lipai dan ketiga oleh Desa KEDA Asam Jawa.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara penduduk setempat dan agensi-agensi kerajaan, malah turut memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti Desa KEDA.